Screenplay and Storyboard (Sem 1)
Hai semua! Subjek ini merupakan subjek pembelajaran pengetahuan apa itu screenplay dan storyboard serta belajar teknik-teknik menghasilkan storyboard dengan bagus. Bagi subjek ini, saya telah menyiapkan hasil projek akhir sem 1 saya iaitu video animasi kartun 2D "Little Elemento". Video ini dihasilkan menggunakan software "Animate CC @ flash, Medibang, Photoshop dan Filmora9".
Sinopsis:
Projek animasi kartun berdasarkan kartun "DaDuDiDo" karya Les 'Copaque. Animasi kartun ini dinamakan "Little Elemento". Ia menceritakan empat unsur bumi empat dimensi yang terdiri daripada api, air, angin dan tanah. Watak api bernama Xander sementara air adalah Ara, angin adalah Elite dan elemen terakhir tanah adalah Obie. Mereka mempunyai kekuatan unsur yang berbeza dan saling bergantung antara satu sama lain. Little Elemento menceritakan pelbagai kisah menarik yang boleh dijadikan teladan kerana ia memberi pengajaran bahawa kita perlu memikirkan sesuatu perkara sebelum membuat keputusan dan tahu akan akibatnya.
Contoh video akhir projek saya:
Ulasan
Catat Ulasan